fb fb fb fb fb

Pelaksanaan dokumen tambahan tertakluk keputusan mahkamah - PM

Datuk Seri Anwar ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahim, Presint 8, Putrajaya. - Foto Bernama

PUTRAJAYA, 11 Julai - Pelaksanaan dokumen tambahan yang dikaitkan dengan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani tahanan rumah, tertakluk sepenuhnya kepada keputusan mahkamah.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan menghormati pandangan semua pihak berhubung perkara tersebut, namun keputusan akhir hanya boleh ditentukan oleh mahkamah.

“Addendum itu urusan mahkamah sekarang. Tak ada masalah untuk kita. Pandangan masing-masing kita hormati, tapi ikut proses,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah di Surau Ar-Rahim, Presint 8, Putrajaya.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

TUN JULIA MOHD TAHIR