fb fb fb fb fb

Pelajar tingkatan empat maut disebabkan kecederaan di kepala

Foto hiasan

SUNGAI BULOH, 23 Mac- Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Sungai Buloh, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian tersebut kira-kira pukul 11.26 pagi.

"Sejurus sahaja menerima maklumat, pihak polis daerash Sungai Buloh terus ke tempat kejadian. Hasil siasatan mendapat pelajar berkenaan merupakan pelajar tingkatan empat," kata kenyataan itu.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat terjatuh dari tempat yang tinggi.

Bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Namun orang ramai terutama pengguna media sosial dinasihatkan supaya tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI