fb fb fb fb fb

Pelajar tahun empat dinobatkan juara Bintang Kecil KL

ANGKASAPURI, 2 Oktober- Lagu Potret nyanyian asal Akim & The Majistret membawa tuah kepada penyanyi cilik Amirul Asyraf Khan Hamimi Shamsul apabila dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Akhir Bintang Kecil peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Angkasapuri.

Pelajar tahun empat sekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Wangsa Maju Zon RM10 itu berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000, piala, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Amirul Ashraff berjaya menewaskan enam peserta lain iaitu Abir Elofa, Yusuf Hadi, Hazrieq Fikri, Sharon Sushmita, Naurah Sofia dan Yaadana Navaneethan.


(Juara Bintang Kecil Kuala Lumpur, Amirul Ashraff)

"Syukur terima kasih kepada ibu bapa dengan cikgu yang ajar saya nyanyi dengan semua yang mendoakan saya ," katanya di sini.

Dia yang lebih dikenali dengan nama Amirul Ashraff menewaskan enam peserta lain yang berumur antara 7 hingga 11 tahun.

Selaku johan, murid tahun empat Sekolah Rendah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10 itu berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000, piala, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Selepas ini, Amirul Asyraff akan mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke debaran Bintang Kecil 2022 peringkat semenanjung yang akan diadakan di RTM Kedah pada 22 oktober ini.

Ia bagi melayakkan dirinya untuk mewakili semenanjung ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Sarawak pada disember depan.

Penerbit Program Bintang Kecil KL, Hamimah Mohd Yusof berkata pihaknya akan membawa wakil yang hebat ke peringkat yang paling akhir iaitu di Sarawak.


(Penerbit Program Bintang Kecil KL, Hamimah Mohd Yusof )

"Untuk peringkat selepas ini zon semenanjung kita akan membawa adik kita untuk belajar lebih lagi tentang vokal dia supaya dia lebih yakin dan confident untuk bertanding di peringkat semenanjung nanti," katanya di sini.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Program Radio RTM, Nor’ Ain Bakir.

Peserta lain pada pertandingan akhir itu ialah Abir Elofa, Yusuf Hadi, Hazrieq Fikri, Sharon Sushmita, Naurah Sofia dan Yaadana Navaneethan.

Persembahan mereka telah dinilai oleh Ketua Juri, Raja Sham Raja Shaari, penyanyi, Aina Abdul dan Adzrin Adzhar.

Program Bintang Kecil anjuran RTM diadakan bertujuan mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian dalam kalangan kanak-kanak berusia antara tujuh tahun hingga 11 tahun.

Pertandingan itu disiarkan secara langsung menerusi laman rasmi Facebook dan Youtube KLfm.

Media Baharu