fb fb fb fb fb

Pelajar tahfiz cemerlang SPM layak terima biasiswa penuh ke UniKL dan UPTM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

AYER KEROH, 17 Mei - Sesi perbincangan akan diadakan bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi memastikan pelajar tahfiz yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran ke dua buah universiti di bawah agensi itu," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menjelaskan, dua universiti terlibat ialah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Univeristi Poly-Tech Malaysia (UPTM) yang menawarkan pelbagai bidang teknikal dan profesional.

"UniKL adalah universiti teknikal, manakala UPTM adalah universiti profesional".

"Biasiswa 100 peratus ini memang sudah diamalkan oleh Institut Pendidikan MARA (IPMA) kepada pelajar-pelajar cemerlang".

“Pelajar UniKL dan UPTM yang datang dari maahad tahfiz akan diberikan keutamaan pada tahun ini..."

"...Agar selain menjadi huffaz yang menghafaz al-Quran, mereka juga akan menjadi ahli profesional, insya-Allah," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Ulul Albab 2025, Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka, di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara, memaklumkan bahawa Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 akan berlangsung bermula 11 hingga 13 Jun 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), bakal menampilkan pelbagai elemen baharu termasuk kenderaan elektrik (EV), teknologi maklumat (IT) dan e-Sukan, seiring dengan perkembangan industri semasa dan keperluan masa depan negara.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE