fb fb fb fb fb

Pelajar OKU kudung kaki dan tangan terima Anugerah Inspirasi Johor 2023

How Xue Qi menerima Anugerah Inspirasi Johor 2023

JOHOR BAHRU, 23 Jun- Seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) kudung kedua-dua belah tangan dan kaki kanan menerima Anugerah Inspirasi Johor 2023 selepas memperoleh gred A- bagi subjek Pendidikan Seni dan Visual dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun lalu.

Hanya menggunakan kaki kiri, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Daya, How Xue Qi telah membuktikan kekurangan dialami itu bukan penghalang untuk berjaya.

Xue Qi cenderung terhadap bidang seni kreatif dan mula menunjukkan minat melukis sejak tadika lagi.

Sementara itu, Anna Maria Ahmad yang merupakan pelajar Orang Asli dari SMK Taman Rinting 2 di sini berkata, beliau ingin menyambung pengajian ke peringkat Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dalam bidang perundangan, supaya dapat membantu komunitinya.

Anna Maria memperoleh keputusan cemerlang 5A pada SPM 2023.

Mereka ditemui semasa majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2023 Negeri Johor di sini yang menyaksikan seramai 60 pelajar menerima pengiktirafan berkenaan.

SITI AISHAH MD ISA