fb fb fb fb fb

Pekerja kilang maut tertusuk bilah forklift

FOTO IPD KUCHING

KUCHING, 16 Mac- Seorang pekerja kilang peralatan besi di Pending, Kuching, ditemui maut dalam insiden melibatkan kenderaan mesin pengangkat (forklift), petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, kejadian berlaku sekitar pukul 4 petang, apabila mangsa, seorang lelaki berusia 70 tahun, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan susunan palet sebelum laporan polis dibuat.

Mangsa ditemui dalam posisi berdiri, dengan pisau forklift tertusuk di bahagian dada kiri.

Siasatan awal mendapati mangsa merupakan pemandu forklift berkenaan ketika kejadian berlaku.

Dalam satu kenyataan media malam tadi, Mohd Farhan mengesahkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi bagi menghormati sensitiviti keluarga mangsa serta melancarkan siasatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE