fb fb fb fb fb

Pekerja asing menganggur, KSM sedia ambil tindakan sekiranya ada laporan

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Kementerian Sumber Manusia sedia mengambil tindakan sekiranya terdapat laporan berhubung isu pekerja asing yang didakwa menganggur di negara ini.

Menterinya Steven Sim berkata; laporan rasmi perlu dibuat dan disokong dengan fakta dan bukti.

"Kita sentiasa bersikap terbuka apa yang terjadi contohnya di Pengerang itu saya telah dalam saya rasa masa yang amat singkat bersama Menteri Dalam Negeri yang telah mengeluarkan kenyataan mengenai tujuh langkah-langkah yang amat tegas,

"Saya rasa belum pernah ketegasan begitu terhadap isu, kalau ada bukti dan juga fakta saya minta supaya pihak-pihak berkenaan buat laporan secara rasmi supaya kita boleh mengambil tindakan," katanya kepada media selepas melawat Wisma CUEPACS di ibu negara.

Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia mendakwa terdapat 500,000 pekerja asing yang menganggur pada Isnin lepas.

KSM juga akan memperincikan isu berkenaan dalam satu mesyuarat bersama Kementerian Dalam Negeri pada 16 Januari depan.

Ini penting demi mencapai kata sepakat menyelaras dasar dan pengurusan, berhubung isu pekerja asing yang didakwa dieksploitasi di Malaysia.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD