fb fb fb fb fb

Pejabat pentadbiran jenayah IPD Sepang terbakar

PUTRAJAYA, 22 Mac - Pejabat pentadbiran jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang musnah terbakar lebih 80 peratus dalam kebakaran yang dilaporkan baru berlaku hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.15 petang tadi.

"Seramai 12 anggota bersama satu jentera dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengawal api," katanya.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah bilik pentadbiran berkeluasan segi empat sama berukuran 4.57 meter (m) di tingkat satu bangunan tersebut.

(Kebakaran yang memusnahkan sebuah bilik siasatan jenayah di IPD Sepang/FOTO tular media sosial)

Katanya, kebakaran dapat dikawal dalam masa 30 minit serta kerja-kerja pemadaman lanjut sedang berjalan selain tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkanĀ punca kebakaran masih dalam siasatan.

Media Baharu