fb fb fb fb fb

PEDi bantu rakyat jana pendapatan - Fahmi

(Foto Fahmi Fadzil)

KUALA LUMPUR, 24 Oktober- Pusat Ekonomi Digital (PEDi) berpotensi membantu rakyat menjana pendapatan lebih tinggi terutama golongan usahawan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ia selaras dengan peranan PEDi memperkasa peniaga kecil dengan pengetahuan teknologi dan e-Dagang.

"PEDi juga berperanan untuk meningkatkan celik digital atau literasi digital elak rakyat daripada terkena scam.

"Jadi, selain penggunaan teknologi tele medicine yang membolehkan kita mendapat perkhidmatan pakar perubatan tanpa kita pergi ke hospital sebagai contohnya ada beberapa perkhidmatan yang boleh diberi secara dalam talian.

"Saya telah melihat keupayaan kita buat proof of concept pilot di FELDA Soeharto, dimana kelajuannya mencecah 800 Mbps tinggi, jadi ini antara perubahan yang akan kita laksanakan dengan semua 911 PEDi," kata Fahmi ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Bicara Naratif di Angkasapuri di sini.

Beliau turut menyeru usahawan tempatan mengadaptasi pendigitalan serta memanfaatkan geran dan insentif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 lalu dengan memacu perniagaan dalam jangka panjang.

Sebanyak RM100 juta disediakan bagi menyediakan geran pendigitalan untuk manfaat lebih 20,000 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pengusaha mikro.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM