fb fb fb fb fb

PDRM terima enam kes Jalur Gemilang terbalik

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Global Komited Sdn Bhd, Datuk Ir Mohd Nasser Israil bergambar bersama kenderaan selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Armoured Personnel Carrier (APC) Guardian kepada PDRM di Bukit Aman/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima enam kes berkaitan pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Manakala, lima daripada jumlah tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut dan satu lagi masih dalam siasatan.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata keenam-enam kes berkenaan membabitkan dua kejadian di Johor, dua di Pulau Pinang, serta masing-masing satu di Selangor dan Negeri Sembilan.

"Daripada enam kes tersebut lima telah kita kemukakan kepada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) dan kita masih menunggu keputusan daripada AGC satu lagi masih lagi dalam kita punya siasatan. Insya-Allah kita akan kemukakan kepada AGC bagi tindakan selanjutnya.

"Saya berharap supaya masyarakat sentiasa menghormati undang-undang dan Insya-allah kita sebagai penguat kuasa undang-undang akan melaksanakan yang terbaik untuk mereka-mereka yang bertindak di luar batas undang-undang", katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

ROSLINA BINTI DIN