
KUALA LUMPUR, 6 Mac- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkat langkah keselamatan termasuk rondaan dan pemantauan di beberapa lokasi berkepentingan susulan ketegangan di Asia Barat akibat konflik antara Amerika Syarikat-Israel dan Iran.
RINGKASAN BERITA AI
- Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata PDRM sentiasa mengadakan mesyuarat berkala dengan Majlis Keselamatan Negara bagi membincangkan isu keselamatan negara.
- Polis memantau kira-kira 2,500 warga Iran di negara ini bagi memastikan keselamatan negara terjamin.
- Kenyataan itu disampaikan dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata PDRM sentiasa mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membincangkan isu berkaitan keselamatan negara.
“Untuk makluman, terdapat kira-kira 2,500 warga Iran yang menetap di negara ini dan polis sentiasa memantau keadaan tersebut bagi memastikan keselamatan negara berada dalam keadaan baik serta terkawal,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.