fb fb fb fb fb

PBT diarah bantu NADMA kumpul maklumat kerugian banjir

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu

KOTA BHARU, 8 Dismber - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diarahkan membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengumpul maklumat kerugian yang dialami akibat banjir.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, PBT akan membantu melihat bentuk bantuan yang boleh diberikan menerusi kementeriannya.

Beliau berkata, pihaknya ketika ini belum mempunyai statistik kerugian yang dialami agensi bawah Kementeria Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Katanya, pihaknya kini dalam proses penilaian dan merekodkan data selain bersiap sedia menghadapi bencana banjir gelombang kedua.

"Diperingkat kami pada masa sama juga PBT kita telahpun arahkan untuk melihat sama mana ruang yang kita boleh bantu melalui KPKT itu, juga kita akan berikan perhatian Insha-Allah pada masa yang sama pasukan kita telah pun berada bersiap sedia lebih awal cuma yang kesan banjir itu. Apa kerosakan itu, perlu ada rekod yang sahih untuk kita nilai semula," kata Aiman Athirah.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas Program Komuniti Santunan Kasih dan Masyarakat Sejahtera Dun Kota Lama, di sini.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan 500 bakul makan kepada ketua isi rumah yang terjejas banjir, penarik beca dan pemandu e-hailing.

Mengulas lanjut, Aiman Athirah berkata Pasukan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah diarahkan bersiap sedia dan ditempatkan lebih awal di kawasan terjejas banjir.

Selain Kelantan, pihaknya juga memfokuskan kawasan Dungun, Terengganu, Pahang dan Johor.

Orang ramai juga diarahkan supaya berpindah lebih awal sekiranya kawasan kediaman mereka dinaiki air dan mereka juga perlu peka dengan situasi semasa sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

TETITIA YUSOFF