fb fb fb fb fb

PBT bebas rasuah, pastikan agenda kesejahteraan rakyat direalisasi secara telus

Seminar Perolehan Bebas Rasuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia Tahun 2024

PUTRAJAYA, 27 Jun- Peranan dan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah penting dalam memastikan agenda kesejahteraan rakyat dapat direalisasikan secara telus dan berkesan.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak, Ahmad Sabri Mohamed menerusi satu kenyataan memaklumkan, SPRM bertanggungjawab bagi memastikan PBT bebas dari sebarang gejala rasuah.

Beliau berkata demikian pada Seminar Perolehan Bebas Rasuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia Tahun 2024.

Seminar itu bagi meningkatkan kesedaran, pembudayaan integriti dan tatakelola yang baik dalam perolehan PBT.

Program sehari itu telah memberi tumpuan kepada amalan terbaik dalam pengurusan perolehan dan risiko berlakunya rasuah dalam PBT.

Seramai 180 Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Pegawai PBT hadir pada program berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Dan Pembangunan) Jabatan Kerajaan Tempatan, Omran Omar pula berharap semua peruntukan yang telah disalurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada PBT hendaklah diuruskan dengan mematuhi semua tatacara perolehan yang sedang berkuat kuasa.

Untuk mencapai objektif peruntukan tersebut beliau juga menyeru semua PBT agar menjadi PBT yang berintegriti tinggi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE