fb fb fb fb fb

Pavilion negeri akan dibuka pada Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 23 Oktober - Pavilion negeri seperti di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) akan dibuka semasa Sidang Kemuncak ASEAN, tahun hadapan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata keputusan itu dibuat oleh kabinet susulan sambutan menggalakkan terhadap MAHA tahun ini.

"Sebanyak 14 negeri akan terlibat, dan pegawai kita sedang berunding dengan kerajaan negeri untuk membuka pavilion tersebut. Tarikh pembukaan akan ditentukan nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Bersama Media Sempena MAHA 2024 di ibu negara.

Tambah Mohamad, untuk MAHA 2026 pihaknya menyasarkan kehadiran tiga juta pengunjung dengan fokus kepada pemasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN