fb fb fb fb fb

MKN & PDRM lancar Pasukan Perunding Krisis

Ayob Khan Mydin Pitchay / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini secara rasminya melancarkan Pasukan Perunding Krisis atau Sel Perunding PDRM membabitkan tiga kumpulan meliputi perunding, bantuan kecemasan dan penggempur.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, pasukan itu berperanan sebagai kumpulan perhubungan dengan pihak pengganas untuk mengumpul dan menyampaikan maklumat bagi membuat keputusan.

"Sel perunding PDRM berkonsepkan 'sleeper cell' atau pergerakan secara 'undercover'. Komander sel perunding dilantik adalah di bawah kawalan Ketua Polis Negara dan Pengarah (Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) PDRM," katanya ketika Majlis Peluncuran Sel Perunding PDRM di sini.

Tambahnya, pasukan tersebut turut dianggotai Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Misi utama pasukan itu adalah untuk menyelamatkan nyawa tebusan dengan melaksanakan strategi yang berkesan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM