KUALA LUMPUR, 17 Jun- Program Sentuhan Maya atau pasukan 'duta online' yang diperkenalkan dalam kalangan penjawat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak melibatkan sebarang kos tambahan.
Menterinya Nga Kor Ming berkata inisiatif dengan tujuan mempromosikan produk dan perkhidmatan KPKT dengan lebih baik itu sebaliknya boleh menelan kos ratusan ribu ringgit sekiranya menggunakan key opinion leader (KOL) daripada pihak luar.
"Duta-duta online KPKT ini adalah para sukarelawan KPKT yang turut serta daripada pelbagai jabatan dan agensi bawah KPKT,"katanya dalam satu kenyataan.
Program yang bertujuan menyampaikan mesej jelas kepada rakyat mengenai program-program, produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh KPKT dan agensi bawahnya.
Selain itu ia juga dapat memberi memberikan ruang untuk mereka menyuarakan pendapat secara terbuka dan kreatif mengenai perkhidmatan Kerajaan Madani.