fb fb fb fb fb

Paras air sungai masih selamat - KP Bomba

PUTRAJAYA, 8 Oktober- Sungai di empat negeri yang mencatatkan peningkatan selepas hujan lebat melanda semalam kini dilaporkan berada pada paras selamat.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, pemantauan telah pun dilakukan dan sungai-sungai tersebut paras airnya masih selamat.

"Kita telah pun menghantar laporan ini kepada Task Force Banjir dan didapati bahawa berlakunya kenaikan paras air itu hanya untuk sementara dan sebenarnya Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seluruh negara telahpun ditutup semalam."


(Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid)

"Sekarang ini tidak ada mangsa yang ditempatkan di PPS, erti katanya tidaklah banjir ini sehingga menyebabkan mangsa itu perlu dipindah ke tempat pemindahan sementara."

"Dan pada keadaan hari ini sehingga 8 pagi tadi, kita tidak ada nampak apa-apa mangsa yang perlu dipindahkan," katanya pada sidang media Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat KPKT di Putrajaya.

Walaubagaimanapun, Datuk Seri Mohammad Hamdan menyatakan pemantauan keatas sungai-sungai tersebut masih lagi diteruskan oleh pelbagai agensi termasuk Polis.

Semalam media melaporkan paras air di beberapa sungai utama di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Johor mencatatkan peningkatan selepas hujan lebat melanda sejak petang Jumaat.

Media Baharu