Pantau konflik Asia Barat, operasi evakuasi rakyat Malaysia diteruskan

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 11 Mac – Perkembangan situasi semasa konflik Asia Barat sentiasa dipantau dan operasi evakuasi bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari rantau tersebut akan diteruskan sekiranya konflik semakin memuncak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pihak terlibat yang telah menjayakan usaha membawa pulang kumpulan pertama rakyat Malaysia dari Asia Barat yang selamat tiba di tanah air tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada pihak terlibat menjayakan usaha membawa pulang kumpulan pertama rakyat Malaysia.
  • Kumpulan pertama rakyat Malaysia dari negara Teluk selamat tiba di tanah air tengah hari tadi.
  • Ucapan terima kasih kepada Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar dan Perwakilan Diplomatik Malaysia.
  • Operasi membawa pulang akan diteruskan namun dipantau kerana sebahagian besar pulang menggunakan penerbangan biasa.

“Saya juga ingin menyatakan syukur kerana kumpulan pertama rakyat malaysia yang dibawa pulang dari Asia Barat iaitu negara teluk yg tiba hari ini sekitar 12:30 tengah hari dan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar dan Perwakilan Diplomatik Malaysia di rantau tersebut.

“Operasi membawa pulang akan diteruskan tapi kita akan pantau kerana sebahagian besar daripada mereka telah mampu menggunakan jalur penerbangan biasa dan pulang dengan selamat,” katanya demikian pada Sidang Media Khas Perdana Menteri di Putrajaya.