fb fb fb fb fb

Pandu berbahaya: Warga asing, pemilik kenderaan disaman

Warga asing ditahan JPJ Kedah kerana memandu secara berbahaya di Kilometer 6 Jalan Langgar - Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR, 26 Mei- Seorang warga asing ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah kerana memandu secara berbahaya di Kilometer 6 Jalan Langgar - Alor Setar, semalam.

Hasil pemeriksaan, warga asing terbabit tidak mempunyai sebarang lesen memandu yang sah untuk digunakan di negara ini  .

JPJ Negeri  Kedah menerusi kenyataan berkata tindakan saman telah dikenakan
terhadapnya dan pemilik kenderaan

"Kenderaan berkenaan pula disita dan dihantar ke Depoh Tahanan Sita JPJ untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan.

JPJ Kedah bertegas tidak akan berkompromi dengan salah laku dan pelanggaran undang-undang jalan raya demi kesejahteraan dan keselamatan pengguna lain.

ZEHRA BINTI ZAMBRI