fb fb fb fb fb

Pameran aset permotoran YDP Agong, kelainan untuk TMM 2024 - Ab Rauf

Foto FB KM Melaka

AYER KEROH, 15 Jun- Kerajaan Negeri Melaka mencipta kelainan pada Tahun Melaka Melaka (TMM2024) apabila menampilkan Pameran Khas Aset Automotif Klasik Keluarga Diraja Johor setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sebanyak 53 koleksi dipamerkan sebagai sebahagian pengisian program Malaysia Bike Week yang diadakan di negeri itu.

Antara kenderaan yang dipemerkan seperti koleksi Mack Truck Scorpion, Morgan 3 Wheeler, HD Street Glide Tiger dan pelbagai koleksi kenderaan klasik yang sukar ditemui.

"KDYMM Tuanku juga telah perkenan mempamerkan aset- aset permotoran baginda di dalam Dewan MITC dengan membawa lebih 53 kereta kereta klasik baginda sebagai menyokong usaha GP Moto dan mempromosikan permotoran di Malaysia," kata Ab Rauf dalam ucapannya di Majlis Makan Malam GP Moto di Dataran MCORP MITC.

Seramai 20,000 peserta daripada 100 kelab motosikal seluruh negara termasuk Singapura, Thailand dan Indonesia, membawa pelbagai jenis tahap kuasa motosikal menyertai program berkenaan.

Tambahnya, inisiatif itu bagi menjadikan Melaka sebagai hab destinasi pelancongan berasaskan permotoran di peringkat nasional dan antarabangsa.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM