fb fb fb fb fb

Paip pecah: 29 kawasan di ibu negara alami gangguan bekalan air

Foto Hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Sebanyak 29 kawasan di sekitar ibu negara mengalami gangguan air tidak berjadual bermula 6 pagi tadi akibat kerja-kerja pembaikan kecemasan paip pecah di Hab Pasar Seni di sini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terjejas termasuk Apartment Putra Ria, Brickfields, Bukit Bandaraya, Bukit Bangsar, Bukit Damansara, Bukit Persekutuan, Bukit Tunku, Damansara Heights, Damansara Town Centre, Idamansara dan Jalan Sultan Hishammuddin.

Kerja-kerja pembaikan dijangka siap menjelang 1 pagi esok dan bekalan air akan disalurkan secara berperingkat setelah sistem pengedaran bekalan air utama stabil.

"Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

"Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan rumah mayat di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” menurut kenyataan itu.

Pengguna boleh mendapatkan perkembangan mengenai gangguan bekalan menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor atau laman web www.airselangor.com.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI