fb fb fb fb fb

Pahang catat 24 'bayi tahun lompat' hingga 11.00 pagi tadi

FOTO HIASAN

KUANTAN, 29 Februari - Seramai 24 bayi dilahirkan sebagai 'bayi tahun lompat' di seluruh negeri Pahang, bermula pukul 12.00 tengah malam hingga 11.00 pagi tadi.

Daripada jumlah itu, 18 merupakan bayi perempuan dan enam bayi lelaki melibatkan 19 bayi berbangsa Melayu, dua Cina, dua Orang Asli dan seorang India.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman menerusi kenyataannya berkata, 'bayi tahun lompat' terawal dilahirkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, pada pukul 12.18 pagi tadi.

Bayi perempuan seberat 3.71 kilogram itu, merupakan anak kedua pasangan dari Kerdau, Temerloh.

Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan pula mencatatkan kelahiran tertinggi iaitu seramai sembilan orang bayi diikuti Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (7 kelahiran), Hospital Pekan (4 kelahiran), Hospital Kuala Lipis (2 kelahiran); manakala Hospital Raub dan Hospital Jengka masing-masing satu kelahiran, hingga pagi tadi.

Beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada ibu dan bapa yang menyambut kelahiran anak mereka dan berdoa agar anak-anak itu terus kekal sihat.

TETITIA YUSOFF