LABUAN, 23 Januari- Mayat seorang wanita ditemukan di Pantai Kiansam Labuan semalam kata Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Mohd Hamizi Halim dalam satu kenyataan.
Wanita itu merupakan warganegara Malaysia berumur 58 tahun ditemukan oleh orang awam kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan lengkap berpakaian.
"Pihak kami menjalankan siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa tinggal di kawasan perumahan berdekatan Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) Kiansam.
"Siasatan awal mendapati tidak menemui sebarang unsur jenayah terhadap mangsa," katanya.
Mangsa dihantar ke Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui puncar sebenar kematian.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Bagaimanapun Mohd Hamizi berkata orang awam mempunyai maklumat tentang kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.