ALOR SETAR, 31 Januari- 3,245 mesin Bitcoin berjaya dirampas polis Kedah dalam 44 Ops Lektrik TNB Bitcoin yang dijalankan bermula 19 Januari lalu.
Nilai rampasan dianggarkan RM3.2 juta dan 7 suspek yang dipercayai menjalankan kegiatan itu turut ditahan.
Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata modus operandi sindiket, membuat penyambungan elektrik haram dan menjadikan premis perniagaan, bekas kilang serta rumah kediaman sebagai tempat beroperasi.
Sindiket itu juga mengupah dan menggajikan pekerja mahir dalam membuat penyambungan haram.
Menurutnya lagi, permintaan yang tinggi terhadap mesin melombong dan kenaikan mata wang kripto bitcoin,mengakibatkan wujudnya kumpulan penjenayah curi dan pecah rumah menjalankan aktiviti berkenaan.
Jelasnya lagi, harga semasa seunit mesin melombong bitcoin bergantung kepada permintaan semasa dan ia selari dengan nilai harga seunit kripto bitcoin dan mencecah antara RM1,000 hingga RM1,500.
Wan Hassan bercakap pada sidang media di Alor Setar.
Kes disiasat dibawah dibawah sekysen 379 dan 427 kanun keseksaan Akta 574 yang boleh dihukum penjara sehingga 7 tahun atau denda atau kedua duanya,jika disabitkan kesalahan.
Sejak operasi itu dijalan pada 2020, sebanyak 85 serbuan dilakukan dan berjaya merampas 5,948 mesin bitcoin dengan nilai rampasan dianggarkan RM6.6 juta.