ALOR SETAR, 20 Februari - 7,728 notis saman pelbagai kesalahan telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dalam tempoh 19 hari bermula 1 Februari lalu menerusi Operasi Khas Perayaan Tahun Baru Cina 2024.
Pengarah JPJ Kedah Aman Shah Hashim berkata setakat semalam sebanyak 40, 630 buah kenderaan telah diperiksa dengan 380 buah telah di sita sepanjang Ops khas itu.
"Pecahan mengikut notis saman itu, motosikal sebanyak 29 peratus telah melakukan kesalahan iaitu 4,206 daripada 14,315. 12 peratus pula adalah kereta iaitu sebanyak 1,325 daripada 10,874. Manakala lain-lain adalah 10 peratus", kata Aman Shah yang ditemui pemberita RTM selepas menjadi tetamu i-skop Kedahfm di Jalan Kuala Kedah, di sini.
Tambahnya, sebanyak 18 notis saman telah dikeluarkan pihaknya bagi kesalahan penyamaran bas.
Tegasnya pihak JPJ akan sentiasa melakukan operasi dari semasa ke semasa dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pesalah jalan raya.