fb fb fb fb fb

Ops Kesan 2.0: 31 Syarikat Di Perak Terima Notis Bertulis

Foto RTM

IPOH, 16 Jun-31 Notis Bertulis (NB) dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak kepada syarikat pelbagai sektor menerusi OPS Kesan 2.0.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, ia hasil pemeriksaan dan advokasi yang dijalankan pihaknya ke atas 1,291 premis dalam tempoh seminggu.

Jelasnya, antara sektor yang terlibat adalah 23 syarikat sektor pengangkutan, dua syarikat pembinaan, serta enam syarikat sektor makanan dan  minuman.

Setakat ini, pihaknya telah menerima tiga aduan dan syarikat yang dikenal pasti telah diminta memberi penjelasan berkaitan kewajaran syarikat terbabit menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Ia melibatkan dua syarikat sektor makanan dan minuman di Teluk Intan dan Ipoh serta satu syarikat sektor pengangkutan di Taiping.

Pihaknya akan terus melaksanakan pemantauan bagi memastikan tidak berlaku elemen pencatutan harga barangandan perkhidmatan susulan penyasaran subsidi diesel.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD