fb fb fb fb fb

Operasi Khas Institut Memandu (OKIM) secara bersepadu

KANGAR, 9 Februari - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengadakan Operasi Khas Institut Memandu (OKIM) secara Bersepadu di tiga buah Institut Kemahiran Memandu negeri itu.

Operasi dilaksanakan bagi memastikan semua pengusaha institut memandu dan pengajarnya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Bahagian Pelesenan Memandu JPJ Malaysia.

Menurut Pengarah JPJ Negeri, Fatimah Mohamed Ali Piah operasi melibatkan semakan saman ke atas Pemegang Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM), pemeriksaan kenderaan termasuk sistem brek kenderaan yang digunakan untuk ujian memandu, pemeriksaan tayar dan lain-lain elemen teknikal.

Selain itu, pemeriksaan turut melibatkan aspek teknikal motosikal dan motolori milik institut memandu demi keselamatan pengajar dan calon yang sedang dalam ujian bagi mendapatkan lesen memandu.

Hasil pemeriksaan mendapati, ketiga-tiga institut latihan memandu mematuhi undang-undang dan SOP yang ditetapkan dan operasi seperti ini akan terus dilaksanakan secara berkala.

(Anggota JPJ Perlis sedang menjalankan operasi di salah satu pusat memandu, di sini)

OKIM ini diselaraskan oleh Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Perlis itu turut melibatkan program advokasi daripada pihak AADK dan Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) serta Bahagian Pelesenan Memandu JPJ Perlis serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Media Baharu