fb fb fb fb fb

Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2024 dari 10 hingga 30 Jun

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah

KUALA LUMPUR, 13 Jun - Sempena perayaan Aidiladha, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengadakan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024 bermula 10 hingga 30 Jun ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, melalui operasi itu JPJ menjalankan aktiviti penguatkuasaan yang memfokuskan kepada sembilan kesalahan utama sempena Ops Khas HRAA 2024.

"JPJ membuat pemeriksaan memastikan kenderaan dalam keadaan selamat dan juga kita akan memberi penerangan kepada penumpang-penumpang ertinya bekerjasama juga secara tidak langsung sebagai rakyat yang memerhatikan pemandu," kata Hasbi kepada pemberita.

Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui JPJ sentiasa meneruskan usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya pada musim perayaan.

Pengguna jalan raya juga boleh menyalurkan aduan berkaitan kesalahan jalan raya melalui pelaporan secara terus atau real time dengan menggunakan Aplikasi MyJPJ melalui menu e-Aduan@jpj atau melalui aduan email JPJ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sehubungan itu, MOT dan JPJ telah melaksanakan Program Kesedaran dan Advokasi Bersasar kepada Pengguna Jalan Raya Bersempena Perayaan Hari Raya Aidiladha 2024 yang bermula pada 10 hingga 23 Jun 2024.

TETITIA YUSOFF