fb fb fb fb fb

Operasi feri Kuala Kedah ditutup sementara

Operasi feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara susulan amaran angin kencang dan laut bergelora / Foto Hiasan / Bernama

KUALA KEDAH, 20 September – Operasi feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara susulan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi kawasan Selat Melaka Utara sehingga 21 September ini.

Pengurus Besar Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom memaklumkan feri tambahan akan diaktifkan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis, bergantung kepada keupayaan terminal dan kelulusan daripada Jabatan Laut Malaysia.

"Sepanjang penutupan sementara Terminal Penumpang Kuala Kedah, penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis sehingga keadaan cuaca kembali pulih," katanya menerusi kenyataan.

Penutupan tersebut telah menjejaskan seramai 12,532 penumpang sejak perkhidmatan feri di laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dihentikan pada 17 September lalu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN