KUALA TERENGGANU, 18 Februari- Operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu yang diaktifkan tengah hari tadi ditangguhkan pada pukul 7.00 malam.
Pengarah MARITIM Terengganu, Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid@Razali berkata Operasi yang telah diaktifkan 12.15 tengah hari oleh Maritime Rescue Sub Centre MRSC Kuantan itu ditangguhkan berikutan keadaan mula gelap dan ombak bergelora.
Operasi mencari akan bersambung semula pada pukul 7.00 pagi esok.
Katanya, operasi hari ini lebih tertumpu kepada jarak satu batu nautika radius dari kawasan mangsa disyaki hilang.
Tiga aset, masing-masing dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah diaturgerak bagi melakukan pencarian di lokasi.