fb fb fb fb fb

Operasi berterusan buah hasil positif, kes penyeludupan migran di Sarawak berkurang

Mohamad Zam Zami Marzuki ketika ditemu bual di SARAWAKfm, RTM Kuching

KUCHING, 22 November- Jabatan Imigresen Malaysia, JIM Sarawak telah membuka empat kertas siasatan berkaitan penyeludupan migran, tahun ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasa JIM Sarawak, Mohamad Zam Zami Marzuki berkata, daripada jumlah tersebut dua kertas siasatan telah selesai dibicarakan dan telah dijatuhkan hukuman.

Manakala, dua kertas siasatan masih aktif di peringkat perbicaraan di mahkamah.

“Tahun ini kurang sedikit kes, berkemungkinan kerana banyak tangkapan telah dibuat tahun lepas jadi mereka (sindiket) takut tahun ini”, katanya.

Beliau mendedahkan, bagi tahun lepas sebanyak 12 kertas siasatan dibuka dengan sepuluh daripadanya telah selesai dibicarakan dan telah dijatuhkan hukuman.

Dua kertas siasatan lagi masih aktif di peringkat perbicaraan di mahkamah.

Katanya, kebanyakan kes yang direkodkan dituduh mengikut Seksyen 26J, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Mohamad Zam menyatakan demikian dalam temu bual di SARAWAKfm, RTM Kuching pagi tadi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE