fb fb fb fb fb

Op Bersepadu, dua lelaki ditahan akibat positif dadah

SEREMBAN, 24 Disember- Dua lelaki ditahan apabila disyaki positif dadah jenis methaphetamine menerusi Op Bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, malam tadi.

Seorang daripadanya adalah warga asing manakala seorang lagi warganegara Malaysia.

Ketika tangkapan dilakukan, kedua-dua lelaki berkenaan menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux.

Warganegara yang ditahan berada dalam keadaan tidak stabil.

Justeru, petugas bertindak untuk mengambil sampel air kencing dan keputusan menunjukkan tanda positif.

Sementara itu, sebanyak 95 saman dikeluarkan menerusi Op Bersepadu termasuk 58 saman polis, 31 saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan enam notis arahan pemeriksaan semula JPJ dikeluarkan.


(Ops Bersepadu itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ))

Media Baharu