fb fb fb fb fb

OKU hilang sejak semalam ditemukan lemas

FOTO JBPM PONTIAN

PONTIAN, 5 Jun- Mayat lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemui mati lemas, pukul 10.30 pagi tadi, selepas dilapor hilang di Sungai Benut, Pontian, semalam.

Ketua Pegawai Bomba dan Penyelamat Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abdul Jalil berkata, mayat mangsa, Samsudin Bachok, 52 tahun dijumpai di kawasan longgokan sampah  oleh nelayan pada jarak satu kilometer dari lokasi akhir mangsa dipercayai hilang.

Mangsa dilaporkan bersendirian dan berpaut pada sebuah pokok nipah di tepi sungai, sebelum terjatuh.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan sejak semalam dengan keluasan pencarian 10 meter dari kawasan kejadian.

Seramai 12 anggota bomba, sebuah jentera FRV, sebuah bot, dan sebuah lori serta agensi lain digerakkan ke lokasi kejadian.

Mayat kemudian diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE