fb fb fb fb fb

Ocean Infinity bentang pelan pencarian baharu pada Mei

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 22 Mac- Syarikat robotik marin Ocean Infinity akan membentangkan pelan baharu pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 kepada Kementerian Pengangkutan awal Mei ini, kata Menterinya Anthony Loke.

Beliau akan bertemu wakil syarikat tersebut bagi membincangkan kontrak serta cadangan pencarian.

"Selepas mendengar pembentangan mereka maka kita perlu membuka kertas Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri untuk ada komitmen tersebut. Kita kena faham bahawa prinsipnya ialah no cure no pay maksudnya kalau mereka tidak dapat menjumpai pesawat itu tidak ada bayaran yang akan diberikan.

"Tetapi setakat ini kita tunggu dulu daripada kertas cadangan daripada Ocean Infinity di kawasan mana mereka nak cari dan sebagainya selepas itu kita akan buat memorandum Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan tersebut," katanya dalam sidang media di sini.

Terdahulu, syarikat penerokaan dasar laut itu mendakwa memiliki bukti saintifik baharu mengenai lokasi terakhir pesawat MH370.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, sebelum ia berakhir di Lautan Hindi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI