fb fb fb fb fb

Nuzul al-Quran: Rewang Sahur meriahkan sambutan

(Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan
kepada pelajar/Fb MB Selangor)

KLANG, 8 April- Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari bersahur bersama-sama 300 pelajar Yayasan Selangor menerusi program Rewang Sahur dan sambutan Nurul al-Quran, pagi tadi.

Beliau yang juga pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor dalam ucapannya berkata, program itu sebagai tanda mengingati turunnya al-Quran dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.


(Dato Seri Amirudin Shari bersahur bersama-sama pelajar Yayasan Selangor
menerusi program Rewang Sahur dan sambutan Nurul al-Quran, pagi tadi/Fb MB Selangor)

Menteri Besar tiba kira-kira pukul 4.30 pagi di asrama Yayasan Selangor Klang disambut pelajar yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eddie Ahmad Khodzali.

Dalam majlis sama, Amirudin turut menyampaikan sumbangan berbentuk makanan dan duit raya kepada pelajar berkenaan.

Beliau juga menunaikan solat Subuh berjemaah selain mengikuti kuliah bertajuk Hikmah Nurul al-Quran yang disampaikan penceramah PU Amin.

Media Baharu