SEREMBAN, 18 September- Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan peningkatan bagi jumlah kemasukan pelancong domestik berpendapatan tinggi dan pelancong antarabangsa ke negeri itu.
Menurut Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon, pelbagai inisiatif akan dilaksana termasuk penyediaan pakej pelancongan mengikut cita rasa golongan sasar.
"Kita sedang mewujudkan pakej itu dan mengikut golongan sasar. Ada yang datang untuk konvensyen, perniagaan, sukan dan festival budaya.
Maka, ia boleh dikira sebagai satu keperluan untuk kita sediakan inisiatif itu. Kita akan buat mengikut cita rasa masing-masing," kata Nicole kepada pemberita selepas sesi temubual bersama NEGERIfm di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di sini.
Tambahnya, menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2022, pelancong domestik yang berpendapatan tinggi iaitu RM10,001 ke atas mencatatkan jumlah peratusan rendah iaitu 7.8%.
(Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon)