fb fb fb fb fb

NS FEST 2024 sasar nilai penjualan RM7 juta

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun

SEREMBAN, 28 Julai - Sebanyak RM7 juta disasarkan menerusi penjualan sepanjang penganjuran Negeri Sembilan Festival (NS FEST) 2024 yang berlangsung sejak semalam hingga 3 Julai depan.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun, sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan kehadiran ramai pengunjung ke festival itu.

"Kita sasar sekitar RM7 juta dan semalam ada reruai-reruai yang merancang stok yang dibawa itu, tetapi semalam sudah habis ada beberapa peniaga peniaga yang memaklumkan mereka terpaksa balik dapatkan stok baru," kata Aminuddin.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian NS Fest 2024, di Dataran Nilai.

Aminuddin juga yakin sasaran seramai 700,000 pengunjung mampu dicapai sebelum NS Fest 2024 berakhir nanti.

TETITIA YUSOFF