fb fb fb fb fb

NS cadang beri lot tanah, bantu golongan muda Felda bina kediaman sendiri

(Foto hiasan)

SEREMBAN, 29 September- Bagi menggalakkan generasi kedua dan ketiga Felda untuk tinggal di kawasan kampung, kerajaan Negeri Sembilan bercadang memberi lot tanah rizab kerajaan negeri di tanah rancangan berkenaan bagi tujuan membina kediaman golongan itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, "projek perintis itu bakal dilaksana di Felda Palong 12 membabitkan keluasan tanah 14.3 ekar.

"Projek tersebut bakal memanfaatkan 100 pemohon yang terdiri dalam kalangan generasi kedua dan ketiga felda."
 
Beliau turut menjelaskan, "dengan adanya pemberian rumah ataupun lot-lot tanah kepada generasi kedua dan ketiga ini ia akan menggalakkan anak-anak muda tinggal di kampung ataupun di kawasan felda.

"Jadi, mereka ini boleh mengusahakan ladang-ladang sedia ada kerana kita sedia maklum bahawa tenaga buruh semakin berkurangan.

"Mereka juga boleh bangunkan kawasan mereka sendiri dengan perniagaan perniagaan, dan mereka boleh duduk di situ dengan selesa." Jelasnya ketika sidang media mesyuarat mingguan exco di Wisma Negeri, Seremban pada Rabu.

Tambahnya, majlis pecah tanah dijangka dilaksanakan pada Oktober depan dan akan diperluas ke kawasan Felda yang lain.

(Foto hiasan)

Media Baharu