fb fb fb fb fb

NRES gubal dasar pengeluaran, guna, sisa plastik

Foto hiasan/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 7 April - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang merangka dasar kebangsaan mengenai pengeluaran, penggunaan dan sisa plastik.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dasar itu akan diselaraskan dengan Perjanjian Plastik Global GPT 2022, yang masih dalam proses rundingan.

Menerusi kenyataan jelasnya, penguatkuasaan GPT akan mengurangkan penggunaan plastik yang tidak perlu, menerusi peralihan yang lebih adil.Negara setakat ini mengambil bahagian dalam empat pusingan rundingan antarabangsa mengenai GPT di Jawatankuasa Rundingan Antara Kerajaan.

Bagi memastikan hasil terbaik, Kementerian melalui Jawatankuasa Rundingan Kebangsaan turut mengadakan libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk peserta industri dan NGO.

Orang awam juga akan terus dilibatkan secara inklusif dalam merumuskan pendirian kementerian
mengenai GPT.

Pada masa sama, undang-undang yang mengawal pencemaran plastik akan disemak semula untuk mengukuhkan langkah-langkah menangani pencemaran plastik.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD