fb fb fb fb fb

Noh Omar kini ahli BERSATU

Tan Sri Noh Omar

KUALA LUMPUR, 5 Julai- Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, 66, mengesahkan penyertaan beliau sebagai ahli Parti Bersatu selepas lebih setahun dipecat daripada UMNO.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata permohonan menyertai parti itu dibuat secara dalam talian semalam tanpa diketahui sesiapa dan telah diluluskan serta-merta.

"Saya pilih Bersatu untuk terus berjuang dalam politik dan marilah kita menaiki kapal baharu demi agama, bangsa dan negara," katanya menerusi video yang dikongsikan kepada media, semalam.

Noh dipecat daripada UMNO disebabkan pelanggaran disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau merupakan Ahli Parlimen Tanjong Karang selama enam penggal tetapi digugurkan sebagai calon Barisan Nasional semasa pilihan raya umum ke-15 untuk memberi laluan kepada Ketua Wanita Umno Tanjong Karang Habibah Yusof.

Pada PRU tersebut, beliau tewas kepada Dr Zulkafperi Hanapi dari Perikatan Nasional.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE