KUALA LUMPUR, 5 April- Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching turun padang menghargai petugas-petugas media di RTM dengan berkongsi juadah berbuka puasa.
Nie Ching berkata, ia bagi menghargai petugas RTM yang sentiasa bertungkus lumus dalam menyalurkan informasi tepat untuk rakyat.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan penghargaan saya kepada semua petugas-petugas RTM kerana mereka bekerja keras dan bertungkus-lumus untuk menyampaikan informasi terkini kepada semua rakyat dan khasnya semasa musim perayaan.
"Walaupun ramai yang sedang bercuti raya, tetapi kita masih ada petugas-petugas khususnya di Berita Ehwal Semasa (BES) RTM," katanya kepada media selepas mengagihkan juadah berbuka puasa di Wisma Berita, Angkasapuri Kota Media di sini.
Turut mengiringi beliau, Timbalan Pengarah Bahagian BES RTM, Md Shahri Saripan dan kumpulan pengurusan tertinggi BES.