fb fb fb fb fb

NGO salur bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Kota Setar

Persatuan Anak Muda Madani Kedah tampil menyalurkan bantuan kepada penduduk di kawasan yang terjejas banjir / Foto RTM

KOTA SETAR, 29 November – Kesukaran penduduk di Kota Setar, Kedah, untuk mendapatkan barangan keperluan akibat banjir mendapat perhatian Persatuan Anak Muda Madani Kedah.

Sukarelawan persatuan itu tampil menyalurkan bantuan kepada penduduk di kawasan yang terjejas.

Pengerusinya, Datuk Zuraidi Rahim berkata mereka terpaksa mengharungi banjir bagi menyampaikan bantuan tersebut di sekitar Alor Senjaya, Anak Bukit, dan Pantai Johor.

“Sumbangan ini adalah sebagai tanda simpati terhadap nasib penduduk yang terjejas banjir. Diharap ia dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka,” katanya.

Lebih 300 penduduk telah menerima bantuan tersebut.

Menurut Zuraidi, bantuan akan terus disalurkan secara berperingkat ke kawasan lain yang turut terjejas akibat banjir.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN