fb fb fb fb fb

Nelayan dinasihat waspada dengan situasi laut pada musim tengkujuh

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Rosli Abdullah / Foto RTM

PUTRAJAYA, 9 November - Orang ramai dinasihati sentiasa berwaspada dengan situasi laut dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang telah bermula dan dijangka berakhir Mac tahun depan.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata nelayan dan pengusaha bot juga diminta agar menangguhkan dahulu sebarang aktiviti di laut buat masa ini.

Selain itu, Maritim Malaysia telah menyampaikan maklumat dan melaksanakan 200 program seperti pencegahan dalam usaha mengelakkan berlakunya kemalangan nyawa di laut.

Ini termasuk memberi pendedahan mengenai pemakaian jaket keselamatan serta membawa Suar Pencari Peribadi ketika berada di laut.

"Sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, seramai 1,172 individu terlibat dalam kejadian kemalangan di laut dengan 53 dilaporkan meninggal dunia dan 24 lagi masih tidak di temui.

“Kita harap tahun ini insiden berkait kemalangan laut berkurangan dengan memberi amaran lebih awal dan mendidik masyarakat tentang aktiviti serta keperluan yang perlu dilakukan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Hari Bersama Media Martim Malaysia 2024, disini, hari ini.

Tambah beliau, Maritim Malaysia bukan sahaja memantau di laut malah turut memberikan perkhidmatan dalam konteks di udara kepada orang ramai.

Trainee