fb fb fb fb fb

'Negerifm Ikhlas' rai Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Pengarah Penyiaran Negeri Sembilan, Suhana Suratman

KUALA PILAH, 13 Januari- Showcase 'NEGERIfm Ikhlas' merupakan antara usaha Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan dalam meraikan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ke-76.

Menurut Pengarah Penyiaran Negeri Sembilan, Suhana Suratman, antara pengisian showcase yang menawarkan perkongsian  ilmu dan hiburan islamik sekaligus dapat memberi manfaat buat pengunjung yang hadir.

"Kita yakin bahawa Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan sentiasa menyokong dan memberikan taat setia kita bawah pemerintahan Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz dan kita mengharapakan aktiviti-aktiviti ini dapat merancakkan bukan sahaja dapat memberikan informasi yang berkualiti kepada penduduk malah sekali gus mampu memberi impak ekonomi yang positif kepada para peniaga tempatan khususnya,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Showcase NEGERfm ‘Ikhlas’ sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ke-76 di Padang Awam Seri Menanti.

Dalam pada itu, sesi temu bual bersama agensi terlibat dalam menjayakan setiap pengisian sempena sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia baginda juga turut diadakan menerusi platform konti sementara yang mula beroperasi sejak 11 hingga 15 Januari di Padang Awam Seri Menanti.

Konsert Xpresi Dirgahayu juga akan berlangsung malam ini dengan penampilan artis-artis tempatan serta penampilan istimewa anakanda Tuanku Muhriz, Tunku Zain Al-‘Abidi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE