fb fb fb fb fb

NEGERIfm bersiaran 24 jam sempena Aidilfitri

Suhana Suratman

SEREMBAN, 4 April- NEGERIfm akan bersiaran selama 24 jam Sempena Hari Raya Aidilfitri bagi menghiasi suasana lebaran.

Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan Suhana Suratman berkata, program sempena Aidilfitiri itu diterbitkan stesen radio berkenaan bagi menyampaikan maklumat kepada pendengar.

Antara kelainan yang dibawakan kali ini ialah siaran takbir raya yang melibatkan semua tenaga kerja NEGERIfm termasuk juruhebah dan tenaga kerja di belakang tabir.   

"Untuk program hari raya ni NEGERIfm akan bersiaran selama 24 jam dan pelbagai pengisian telah kita sediakan. Kali ini semua tenaga kerja NEGERIfm termasuk juruhebah bertugas dan mereka yang berada di balik takbir akan menyampaikan takbir raya bersama-sama.

"Kita ada beberapa lagi program menarik selain jalajah yang telah dilaksanakan. Kita juga ada acara lain untuk meraikan dan menceriakan lagi syawal tahun ini," katanya ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Hari RTM dan Majlis Berbuka Puasa Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di sini.

Antara program yang akan disiarkan secara langsung dan rakaman sepanjang Aidilfitri ialah Harok Malam Raya, Drama Raya NEGERIfm Malam 7 Likur, Lemang Penganan, Carta Hit NEGERIfm Khas Aidilfitri, 34 Je Khas Syawal serta Yok Donga Be Khas Aidilfitri.

Menurut Suhana Suratman, program Yok Donga Be Khas Aidilfitri menampilkan penyampai NEGERIfm, MELAKAfm dan SANDAKANfm dan akan disiarkan pada hari raya keempat bermula pada pukul 6.00 pagi sehingga pukul 12.00 tenghari.

"Sempena ulang tahun RTM ke-78 NEGERIfm mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pendengar yang setia menemani dan menyokong kami.

"Kita juga berterima kasih kepada pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan dan para penaja yang meyokong pelbagai aktiviti yang kita laksanakan. Diharapkan semua pendengar RTM khususnya NEGERIfm dapat meraikan hari raya ini dengan meriah selain mengutamakan keselamatan," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI