Negeri Sembilan rekod pelaburan RM19.1 bilion, tertinggi dalam sejarah

Foto FB Datuk Seri Jalaluddin Alias

SEREMBAN, 11 Mac– Negeri Sembilan merekodkan pelaburan yang diluluskan bernilai RM19.1 bilion pada 2025, tertinggi dalam sejarah negeri iaitu peningkatan sebanyak 164 peratus berbanding tahun sebelumya.

RINGKASAN BERITA AI
  • 295 projek diluluskan sepanjang tahun, mencerminkan peningkatan aktiviti pelaburan negeri.
  • Projek-projek itu dijangka mewujudkan 3,845 peluang pekerjaan baharu kepada anak Negeri Sembilan.
  • Komposisi pelaburan didominasi sektor perkhidmatan 72%, manakala pembuatan menyumbang baki pelaburan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata,pencapaian itu diraih menerusi 295 projek yang telah diluluskan sepanjang tahun lepas.

Jelasnya lagi, Negeri Sembilan kini berada di kedudukan tangga keenam tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dari segi jumlah pelaburan yang diluluskan.

” Projek-projek berkenaan juga bakal meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat dengan sasaran 3,845 peluang pekerjaan baharu diwujudkan kepada anak-anak Negeri Sembilan”, katanya.

Komposisi pelaburan merangkumi sektor perkhidmatan sebanyak RM13.79 bilion yang menyumbang 72 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan dan selebihnya sektor pembuatan sebanyak RM5.34 bilion.

Ujar belau lagi, selain mengukuhkan ekosistem industri negeri, pelaksanaan kesemua projek juga berupaya memperkasa ekonomi negeri dan memperluaskan rantaian bekalan
industri.