fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan komited capai sasaran pelaburan lebih RM10 bilion

Foto Facebook nicoleleekoontan

SENDAYAN, 14 Mei - Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk membawa masuk pelaburan baharu dalam pelbagai sektor sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan negeri juga optimis untuk mencapai sasaran pelaburan baharu melebihi RM10 bilion pada tahun ini.

"Keutamaan pelaburan hari ini kita pelbagaikan sehinggakan kepada pembuatan Engineering Semiconductor itu kita teruskan pelaburan-pelaburan tersebut.

"Namun, pelaburan baharu seperti Kosmetik dan Farmasi juga pelaburan baharu yang perlu dilihat dan dibawa ke sini", kata Aminuddin pada Majlis Pelancaran Kilang Sandvik  Equipment Sendirian Berhad di Kawasan Perindustrian Sendayan Techvalley, disini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD