fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan komited bantu anak negeri agar tidak tercicir dalam pelajaran

Datuk Seri Aminuddin Harun berucap pada Malam Gala Sempena Sambutan 25 tahun UiTM sebagai sebuah universiti di Seremban / FOTO RTM

SEREMBAN, 29 Ogos- Kerajaan Negeri Sembilan komited membantu golongan pelajar terdiri daripada anak-anak negeri yang tidak berkemampuan supaya tidak tercicir dalam pelajaran. 

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, kerajaan negeri yakin usaha itu akan memberi suntikan semangat kepada golongan berkenaan untuk menimba ilmu tanpa perlu risau tentang bayaran yuran dan kos sara hidup. 

"Saya meminta senarai jika ada anak-anak Negeri Sembilan yang memerlukan bantuan supaya diserahkan kepada saya unyuk kita bantu melalui Majlis Agama Islam melalui Yayasan Negeri Sembilan supaya anak-anak ini tidak tercicir di universiti,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada RTM pada Malam Gala Sempena Sambutan 25 tahun UiTM sebagai sebuah universiti di Seremban. 

UiTM meraikan sambutan itu serentak di seluruh negara pada malam tadi selepas pembangunan entiti itu sebagai organisasi pendidikan pada tahun 1956.

UiTM telah melahirkan ramai graduan berkualiti dalam melengkapkan kehendak pelbagai industri dalam dan luar negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE