NILAI, 3 November- Negeri Sembilan mencatatkan penempatan lebih 6500 pekerja menerusi penganjuran Karnival Kerjaya setakat 15 Oktober lalu.
Menurut Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi Dan Kepenggunaan Negeri Sembilan. S. Veerapan, ia merupakan pencapaian yang amat membanggakan dalam usaha kerajaan negeri melalui PERKESO serta pelbagai agensi untuk meningkatkan kebolehpasaran rakyat Negeri Sembilan.
"Namun masih banyak cabaran yang perlu diatasi, termasuk untuk meningkatkan kualiti latihan dan memastikan kemahiran yang diberikan selaras dengan keperluan industri.
"Saya menggesa kolaborasi strategik diteruskan antara kerajaan, institusi pendidikan, dan sektor swasta untuk memperluas peluang pekerjaan dan menyediakan lebih banyak latihan yang relevan", katanya ketika berucap pada majlis Karnival Kerjaya Careerplus Myfuturejobs Negeri Sembilan 2024, di USIM di sini.
Tambahnya Kerajaan Negeri Sembilan akan terus melaksanakan program kebolehpasaran dan latihan kemahiran termasuk TVET yang relevan dengan keperluan industri semasa serta menambah baik kemudahan dan alat bantuan latihan di institut latihan di bawah agensi Kerajaan negeri dan Persekutuan.
Penganjuran karnival kerjaya ini merupakan langkah tepat dalam usaha memperkasakan pasaran buruh negara, seterusnya menyumbang kepada pembasmian kemiskinan dan pengurangan jurang pendapatan