fb fb fb fb fb

Negara perlu anjakan strategi sektor pelancongan- Anwar

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Julai- Negara memerlukan anjakan kepada sasaran, strategi dan inisiatif bagi sektor pelancongan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 5 Tahun 2024  berkata pihaknya akan memberi tumpuan secara mendalam terhadap perkara-perkara berkait sektor pelancongan dan pengangkutan awam.

Jelas Anwar, ia penting supaya kerangka, insentif dan pembangunan infrastruktur dibangunkan kerajaan disahut dengan pelaburan sektor swasta sebagai pemain utama dalam merencana produk pelancongan serta penyediaan sumber tenaga berkualiti.

"Turut disentuh aspek peningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada termasuk dengan menambah baik kualiti kemudahan perhubungan ke stesen-stesen pengangkutan rel bandar.

"Saya percaya, penambahbaikan ekosistem pengangkutan awam negara perlu diselarikan antara lain dengan pemahaman yang diikuti dengan langkah-langkah pembetulan ke atas kekurangan semasa," katanya menerusi Facebook.

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM